• Malaysia Campus

    Selamat datang ke Universiti Coway Malaysia

    Mari merasai pengalaman bersama CU pada bila-bila masa dan di mana sahaja
  • Malaysia Campus
  • Malaysia Campus
  • Malaysia Campus
  • Malaysia Campus

"

President of the Coway University Malaysia

Kyle Choi Ki Ryong

Hai kepada semua Cowayian. Apa khabar? Saya berharap anda semua dalam keadaan baik, sihat dan selamat.

Pertama sekali. Saya bersyukur kepada anda semua diatas perasmian Coway University. Ini adalah Learning Management System yang pertama di Coway Malaysia dan saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini. Coway Malaysia juga merupakan koordinasi utama untuk projek ini, cawangan luar negara Coway turun akan menggunakan system pembelajaran yang sama. Saya sangat berbangga dengan anda semua dan ini menunjukkan Malaysia Boleh!

Saya selalu dapat merasakan kegembiraan dan kepuasan apabila dapat belajar ilmu dan kemahiran yang baru setiap hari. Saya percaya dengan ilmu ia membantu untuk memdapatkan mengalaman baru, mengatasi cabaran baru dan meluaskan pandangan untuk sesuatu perkara.  Dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, ia menjadi motivasi untuk kita mencapai impian dan mencipta kejayaan dalam kehidupan. Dalam hidup, kita tidak akan pernah berhenti belajar tetapi sentiasa akan belajar ilmu pengetahuan yang baru walaupun dari sumber yang tidak dijangka.

Pekerja  adalah asset kami. Oleh itu, kami ingin memberikan platform membelajar yang menarik dan kami percaya jika kita sentiasa memperbaiki diri dan berkembang maju ini akan membuatkan organisasi kita lebih kuat.

Sebagai jenama yang dipercayai di Malaysia, objective kami adalah untuk memastikan kelestarian pekerja melalui pendidikan. Kami ingin memastikan semua orang dapat memiliki informasi melalui sumber yang tepat dari pakar kami. Gabungan pakar dan teknologi, membuatkan Coway University adalah lebih mudah untuk diakses dimana anda boleh belajar dimana sahaja dan pada bila-bila masa melalui telefon pintar anda. Selain itu, melalui platform ini juga kami berusaha untuk menyediakan information yang tepat kepada pelanggan dan memperbaiki mengalaman pelanggan bersama Coway.

Kami berharap bahawa anda akan dapat menerokai dan menggunakan platform ini yang dibuat istimewa untuk anda semua. Ia akan dapat membantu anda untuk terus berkembang maju, terus belajar dan berjaya di dalam kehidupan anda. Kami percaya bahawa perkembangan kendiri adalah penting dan ini adalah peluang anda untuk mengubah hidup dan menjadi lebih baik dalam kerjaya anda. Seperti bijak pandai mengatakan “jangan pernah berhenti belajar kerana kehidupan tidak pernah berhenti mengajar”. Kami berjanji bahawa pengalaman pembelajar anda akan menjadi lebih nikmat melalui Coway University.

Sebelum saya mengakhir ucapan ini. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam Coway University. Marilah kita mula untuk mengubah jalan kehidupan kepada yang lebih baik dan daftar sekarang. Sekali lagi terima kasih dan belajar rajin-rajin.

Tunjukkan semua Runtuh
Fakulti

Sales & Business Faculty

Health Planner adalah seperti doktor peribadi kita yang mementingkan kesihatan kita. Mereka selalu mencadangkan produk yang tepat berdasarkan keperluan pelanggan. Di fakulti ini, pelbagai kursus seperti kemahiran asas penjualan, pola pikir penjualan, prospek, motivasi penjualan, dan pemasaran digital dirancang khas oleh pakar kami untuk HP untuk mengekalkan perniagaan mereka.

Customer Love & Service Faculty

Cody Lady sentiasa hadir dengan Heart Service. Merekalah yang memberikan penyelenggaraan produk secara premium kepada pelanggan kami. Layanan dari hati tidak pernah gagal membuat pelanggan tersenyum. Fakulti ini direka khas untuk Cody / ST agar menjadi lebih bijak dalam perkhidmatan pelanggan yang dapat menguasai Heart Service, komunikasi, etika imej peribadi dan banyak lagi.

Customer Experience & Technology Faculty

Coway Technician menjadikan impian pelanggan menjadi kenyataan. Mereka selalu menyaksikan kebahagiaan setelah produk dipasang. CT adalah mereka yang menumpukan pada pemasangan produk dan membaikpulih produk. Fakulti ini memberikan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi mengenai aspek teknikal untuk menjadikan CT kami menjadi pakar dalam produk dan memastikan pelanggan memdapat pengalaman yang terbaik.

Homecare Faculty

Homecare Technician adalah mereka yang memastikan kita tidur lebih lena. Pengalaman tidur kami terasa hebat seperti di hotel 5 bintang. Merekalah yang menyediakan Service Care Mattress kepada pelanggan kami dengan perkhidmatan yang terbaik dan peralatan berteknologi tinggi. Fakulti ini diwujudkan untuk menjadikan HT kami menjadi Homecare Technician yang pintar dengan pengetahuan dan berkemahiran tinggi mengenai penjagaan tilam.

Leadership & Management Faculty

Seorang pemimpin tidak dilahirkan tetapi dibuat. Di sinilah kita 'membuat' mereka. Pemimpin yang hebat selalu mempunyai kemahiran pengurusan yang hebat. Di fakulti ini, kami memcipta pemimpin yang berpotensi dengan kursus kemahiran kepemimpinan dan kemahiran pengurusan seperti perwakilan, perancangan, penyelesaian masalah, dan kemahiran membuat keputusan yang dapat membantu pemimpin untuk berhubung dengan orang bawahan mereka.

APAKAH
RAHSIA MEREKA

Life Changing Story

GM Chairul Izwan

Coway Talk

Cody Khairiyani Binti Kamarudin

Coway Talk

HP Mohamad Shahril Bin Zaabar
Di Mana Anda Ingin Pergi